20100210

Suka Lukis : 1999-2000 Bhg 2

Kesinambungan dari post sebelum nih. Sebelum ni aku upload lukisan masa zaman sekolah dulu, kali ni pun aku upload bende yg sama cuma semuanya medium watercolor, medium yang paling aku minat.


Tabiat aku kalau wat painting watercolor, aku mesti tak siapkan, contohnya yg ni, aku tak color-kan lantai 

Yang ni plak secara terang-terangan mmg banyak bahagian tak siap color lagi

Lagi satu perangai masa wat painting, aku suka testing dan bancuh color pada kertas lukisan tuh sendiri

Lukisan ni inspired by Alex Ross, tapi tulah, tak siap gak, tengok rambut dier, aku tak kaler abis

Konon tampal selotape kat keliling painting tu, watercolour tu tak la merebak tak tentu hala, dah siap nanti, tanggal tape tu, cantik je la border painting tu kan? tapi tengok labawah tape tu, mengalir jugak kaler tu keluar


Takde keje


Ni plak painting aku buat masa gila ngan style lukisan n painting bersahaja oleh kartunis Aie. Aku tak layan cerita Blues Untuk Aku nih, tapi Aie antara kartunis yang aku gemari. Jadinya aku copy balik cover komik dier nih. Aku copy untuk latihan, bukan untuk tujuan komersial yg tak bermoral heh!

Itulah dier antaranya, ada lagi kalau tak silap aku, tapi byk dah terbuang. Biasa la simpan tak pakai, nak buang sayang. Tapi kalau dah selalu berpindah rumah, mmg ada yg jadi 'korban' ehhehehe. Tapi pape pun, time kasih mak kerana bersusah payah menyelongkar stor untuk mencari sijil SPM dan diploma abalong :)

Suka Lukis : 1999-2000 Bhg 1

Satu ketika dahulu masa berpindah rumah satu insiden telah berlaku. Insiden tersebut memberi implikasi bahawa segala dokumen SPM dan diploma aku hilang. Jadinya aku termanggu sendiri dengan merasakan.. " nampaknya lama la aku keje kat ofis nih, aku nak interview tempat lain pun takde sijil " berbulan dah pun berlalu, tetibe mak aku jumpa balik! Yeah!! bersama² penemuan sijil² tuh, mak aku jumpa jugak lukisan zaman zaman sekolah dulu...  aku ingat lagi time sekolah .. aku bebetul beriya iya nak jadi pelukis atau kartunis... sekarang jadik 3d visualizer.. hmm ok la tuh kan?

oil painting, ni je lah 2 keping oil painting aku buat time sekolah

yang ni plak lukisan menggunakan oil-pastel, salah satu medium kegemaran aku

nie plak sketch biase² pakai pensel, kekadang tu pakai pen jek ( cikgu aku cakap, try pakai pen, supaya makin hari makin kurang silap, pakai pensel nanti asik nak memadam jaaaa )


20091228

Harga minimum rokok dinaikkan + azam 2010

Assalamualaikum, 2010 bakal mendatang, camne dengan azam berhenti merokok? atau memang tak pernah langsung rasa nak berhenti? Yang mampu beli cerita lain, tapi kalau sampai makan minum, lampin susu anak terabai tapi rokok masih boleh beli itu cerita serius..

20091206

Selamat Hari Jadi Nadiah :)

Selamat Hari jadi yang ke-19 Nadiah :) dari Abalong dan Kak aieyda. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yek! Hadapi STPM anda dengan jayanya! ~~ Nak hadiah meh turun KL ;p

20091201

Nur Kasih : 4 juta Penonton!! ~ best ke?

heh, ramai budak², mak budak, bapak budak, laki, pompuan minat crite nih, aku berkesempatan tengok 2 episod je, pastu aku elakkan ~ takut tak boleh tinggal :p

ROKOK : Kalau dah kaki ~ susahh...

Apa pendapat anda? ~~

20090621

Suka Lukis : Kat mana² pun boleh practice

Assalamualaikum, hermm nih lagi satu sketch ~ wat kat Cherating, time nih masih dalam ikatan pertunangan lagi. Mase nih isteri ada tugasan kat cherating, so kenelah temankan ye tak? dah amik gambo, wat site measurement semua ~ pi la bersantai sebelum balik KL. Tgh penat² jalan kat tepi pantai tu, amik la kesempatan lukis² atas pasir dier yg halus mulus tu! Untuk Isteri tersayang :)

20090618

Suka Lukis : Majlis Pertunangan Min

Assalamualaikum, hmm simple sketches for Min, sebagai buah tangan ~ dari saye dan isteri :)

20090602

Selamat Hari Jadi Abah dan Iznie!! :D

Assalamualaikum, dikesempatan ini, Abalong & Kak Aieyda mengucapkan Selamat Hari jadi untuk abah dan iznie, semoga keduanya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ya!! Untuk abah, cuti lah panjang skit, bawak adik² tengok Terminator kat Sitiawan untuk Iznie cepat² lah abiskan Master dan PHD Kat UPM pastublehlah bukak taman aquatiq! :)

20090528

Suka Lukis : Orang Lidi

Mula² takyah tekan sangat ballpen tu, buat org lidi dlm posisi yg dikehendaki
Pastu barulah detailkan org lidi tadi

Inilah ball-pen dipakai untuk majoriti sketches dlm blog ni

Assalamualaikum! Selalunya, nak lukis² kartun nih.. direct ja lukis, tapi terkadang tu, nak nampak profesional, kene wat draft dulu ( jika rajin rujuk kartunis antarabangsa dan tempatan pun, diorang bermula ngan draft dulu untuk hasil kerje profesional diorang ) Tambahan plak kalau kita wat draft dulu bleh la kite nampak overall character tu nanti camne bentuk posisinya. So roughly bentuk asas tu penting barulah kite detailkn ape yang patut

AMARAN: Sila rujuk cara kerja sebenar pelukis profesional, kat sini sekadar lukisan untuk memenuhi masa lapang :)

20090527

Suka Lukis : Belajar Photoshop

Dah bertahun melukis secara suka-suka sampailah selongkar file² lama untuk carik balik lukisan yg lama² -pap!! terjumpa kartun nih ~ first try-out yang siap color --- selalunya color skit je dah fedup. Kalau tak silap ni sketch tahun 2006 :)

Suka Lukis : Untuk Isteri lagi





Heh! Angan² tu adakalanya di interpretasikan di atas kertas, lukis sambil senyum sorang², tambahan pulak isteri dah berbadan dua ~ mcm² dah terlintas :)

Suka Lukis : Ape² aje



Kadang-kadang tu mmg tak tau nak lukis ape dah ~ jadinya dalam satu paper tu mcm² watak ade.  Mase tengah boring, black ball-pen lah peneman tangan kanan nih, sebab dah letih pegang mouse nak siapkan 3D :D

Suka Lukis : Weding Present

Dilukis dan di-frame-kan sebagai Hadiah perkahwinan dari Mr Puan kepada kawannya


Dilukis dan di-frame-kan sebagai Hadiah perkahwinan dari Ms Ann kepada kawannya

Kadang² ade permintaan dari rakan sepejabat supaya dapat lukiskan something untuk diorang, macam biaselah, time rendering 3D memang tak bleh nak buat ape ~ jadinya amik kesempatan tu lukiskan gambar couple yg diorang nak tu ~ Pastu dapatlah gift or voucher as a return :D

Suka Lukis : Untuk Isteri





Masing-masing ade care nak amik hati pasangan :) sejak dari bercouple, bertunang hinggalah sekarang dah bergelar isteri ~selain hadiah dan kata², lukisan merupakan medium untuksaya  memujuk, amik hati nak bagi isteri tersenyum. sketches on empty paper that make her smile is priceless :D 

Suka Lukis : Time student









Semester 6




Semester 5


Semester 4

Antara perkara yang best bagi saya tentang universiti ~ kalau kita ada simpan secebis hasil kerja semasa student U dulu --- dah terlibat dalam dunia kerjaya ni barulah terasa sayang kerja² time student dulu. Tengok member ade yg simpan elok lagi kerje diorang dari part 1 sampai part 6, nyesal plak tak simpan elok². Nasib ler ade jugak yang "tersimpan" :D ~ Teringat kata² pensyarah "Bleh tak kurang kan elemen kartun dlm perspective awak nie?" tapi nak wat camna - dalam hati mmg nak jadik kartunis asalnya~ gaya lukisan tu dah susah nak diubah <--- alasan :D